Mendapat peluang berniaga susu kambing

Alhamdulillah, Allah rezkikan peluang berniaga susu kambing. Beberapa hari sebelum ini, pembekal susu kambing menjemput saya untuk melihat stok susu kambing dirumah beliau. Selain itu, beliau menerang serba sedikit tentang sejenis kambing yang baru pertama kali saya kenal iaitu kambing susu.

Kambing susu ini, Allah jadikan ia jenis haiwan yang sentiasa ada susu, supaya manusia dapat mengambil manfaat darinya. Menurut beliau lagi, kisah dalam hadis Nabi tentang baginda memerah susu dan meminumnya merujuk kepada kambing jenis ini. Saya teringat kepada kisah ini pada link ini, in sha Allah nanti saya kongsikan terjemahannya.

Selain itu, susu dari kambing jenis ini tidak berbau seperti susu yang biasa saya minum. Ia juga disahkan oleh isteri saya yang telah meminumnya semalam.Saya berharap bakal-bakal pembeli juga akan mengesahkan perkara ini.

Moga-moga perniagaan ini akan diberkati Allah dan sekaligus membantu jiran-jiran mendapatkan bekalan susu kambing dengan harga yang berpatutan.